21 August, 2012

EPL: Fellaini wira Everton

Fellaini wira Everton

Prestasi pasukan Red Devils amat mengecewakan dalam kekalahan 0-1 dengan Everton di Goodison Park.

Ancaman pemain midfield Fellaini gagal ditangani Manchester United dan beliau membuka tirai dengan tandukan pada minit ke 56 dari tendangan sudut.

Van Persie, yang baru sahaja melengkapkan pemindahan £24 juta dari Arsenal, telah dibawa masuk untuk mengukuhkan tonggak serangan tetapi gagal membuat percubaan yang tepat dari penyertaannya pada minit ke 68.

Ia adalah kali pertama United gagal menang perlawanan pembukaan sejak tahun 2008 dan ia adalah kemenangan pembukaan pertama untuk pasukan Toffees dalam lima musim.

Untuk kali pertama, mereka meneruskan rekod kemenangan dari musim lepas, sejak kali 14 daripada perlawanan pembukaan musim lepas.

Sir Alex Ferguson telah menyertakan hanya dua pemain pertahanan: Nemanja Vidic yang belum main sejak bulan Disember akibat kecederaan, dan Patrice Evra, yang telah dikaitkan dengan pemindahan.

Pemain sayap Antonio Valencia telah disertakan di bek kanan sementara pemain midfield Michael Carrick diletakan di tengah barisan pertahanan akibat kecederaan kepada Rio Ferdinand.

David De Gea merupakan pemain yang paling sibuk dalam separuh masa pertama tetapi ia telah membuktikan bakat beliau.

Danney Welbeck, pemain yang dibawah tekanan ketibaan Van Persie, telah membuat dua percubaan yang dihalang Phil Jagielka.

Bekas pemain Everton Wayne Rooney juga tidak menyerlah dan membuat dua percubaan yang tidak tepat.

Walaubagaimanapun Fellaini amat merbahaya dan sentiasa mengancam dengan beberapa peluang yang baik. Detik beliau menjadi wira tiba pada minit ke 57 dari tendangan sudut Darren Gibson yang ditanduk lepas De Gea dengan baik.

Pemain terbaik United setakat itu pula adalah Shinji Kagawa yang menunjukan beberapa sentuhan yang baik walaupun bermain dalam posisi yang terlalu di hadapan dari midfield.

Ini adalah kemenangan kedua untuk Everton di padang sendiri ke atas United dalam 17 tahun.

Sumber berita:
Espnstar.my

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More