31 August, 2012

Peragut dibelasah orang awam

KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki yang meragut beg tangan milik seorang wanita tempatan akhirnya mengundang padah apabila dia cedera dibelasah orang awam yang menangkapnya ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di Asia City, di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari. Suspek berusia 26 tahun itu berjaya ditangkap sebelum dibelasah orang ramai, kira-kira 100 meter dari lokasi dia melarikan beg tangan seorang wanita berusia 30an.

Menurut saksi, ketika kejadian mangsa sedang berjalan seorang diri sebelum didatangi suspek dari arah belakang yang bertindak meragut dan melarikan beg tangannya.

“Lelaki itu mungkin sudah lama memerhatikan mangsa dan hanya menunggu masa untuk meragut. Sebaik melihat mangsa berjalan berseorangan, lelaki itu terus meragut beg tangannya sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

“Mangsa yang terkejut cuba mengejar suspek dan tindakannya itu disedari beberapa orang awam yang kemudiannya memberi pertolongan,” katanya yang enggan dikenali.

Saksi itu berkata, suspek mempunyai tatu di bahagian pergelangan tangan itu cuba melarikan diri menuju ke sebuah pasaraya berdekatan, namun berjaya disekat orang ramai yang kemudian membelasahnya di jalan raya.

Difahamkan, suspek mengalami kecederaan di bahagian muka dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana meragut.

Sumber:
Utusan Borneo

29 August, 2012

Akibat mabuk, lelaki Filipina bunuh dua wanita

KOTA KINABALU: Gara-gara mabuk minuman keras, seorang lelaki warga Filipina bertindak ganas sehingga tergamak membunuh dua wanita tidak berdosa dalam satu insiden berdarah di Kampung Cenderakasih, Kolombong dekat sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu, suspek berusia 30an dikatakan mengganas setelah ditegur oleh sepasang suami isteri kerana tingkahlakunya meminum minuman keras di kawasan kejiranan terbabit.

Berang ditegur, suspek yang difahamkan di bawah pengaruh alkohol itu kemudiannya bertindak menikam leher isteri pasangan itu dikenali sebagai Bibia Daud, 40, di dalam bilik mereka.

Suami mangsa, 52, kemudiannya mengejar suspek dan berlaku pergelutan di dalam rumah berkenaan.

Suspek yang berjaya melepaskan diri daripada pergelutan kemudiannya menikam seorang lagi mangsa, Jalijah Jalin, 30, yang ketika itu ingin memasuki rumah terbabit.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata suspek dilaporkan tinggal serumah dengan pasangan suami isteri terbabit.

Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek ditegur oleh pasangan suami isteri berkenaan kerana banyak meminum minuman keras pada jam 7 malam itu.

Sementara itu, katanya, suspek dan suami mangsa pertama yang mengalami kecederaan kerana bergaduh kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Jauteh berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung tindakan suspek menikam mangsa kedua iaitu Jalijah, tetapi ia dipercayai dilakukan atas faktor mabuk.

Tambahnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber berita:
The Borneo Post

23 August, 2012

10 ramuan merbahaya dalam mi segera

Mi segera sememangnya antara salah satu makanan segera yang paling disukai oleh ramai orang. Dengan harga yang murah, mudah disediakan dan menyelerakan, mi segera adalah antara makanan yang 'top' di negara kita. Namun, ramai yang tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bahaya makanan segera ini. Ramai yang mengatakan bahawa mi segera ini tidak baik untuk kesihatan kerana bahan perasanya.

Tapi, kali ini kita lihat yang ini...

10 ramuan merbahaya dalam mi segera

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium Oksida:
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5. BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.

Fikir-fikirkanlah rakan-rakan sekalian. Kalaupun anda tidak dapat berhenti dari makan mi segera, sekurang-kurangnya anda kurangkan pengambilan makanan seperti ini. Jangan hanya kerana murah, mudah dan sedap, badan kita binasa.

22 August, 2012

Sabahans to determine next PM?

Lim Kit Siang with some leaders and supporters at the function.
TAWAU: Democratic Action Party (DAP) adviser Lim Kit Siang said Sabahans possess the chance to determine the next Prime Minister in the forthcoming 13th general elections.

Lim who was in town to attend Pakatan Rakyat’s Hari Raya open house for Tawau and Kalabakan parliamentary constituencies at a hotel here yesterday said Sabahans would have a golden opportunity which they never had before.

“The 13th general elections will empower you to determine the seventh prime minister of the country. You now have that chance which you never had,” he said to 1,500 people who attended the open house.

“You need to wield that power to change and we are ready. But there are those who are not ready. And there are those who are not ready, afraid and scared of losing power and to lose the support of many,” he said.

He revealed that he had visited and heard of dissatisfaction expressed by the people in the interior, Kota Marudu, Kudat, Matunggong and Ranau, along with a long list of promises unfulfilled, citing the construction of the Tawau dam which was promised 30 years ago but still remains unfulfilled to date as an example.

Present at the open house were DAP Sabah chairman and Sri Tanjung assemblyman Jimmy Wong, Tawau member of parliament Datuk Chua Soon Bui, PAS Sabah commissioner Mohd Aminuddin Aling and Tawau Parti Keadilan Rakyat (PKR) divisional chairman Datuk Kong Hong Ming.

News source:
theborneopost

PBS has called for oil royalty review since 1985 – Jahid

Jahid Jahim
KOTA KINABALU: Calling for review of the five percent oil royalty for Sabah is something Parti Bersatu Sabah (PBS) has been doing since 1985, according to Datuk Jahid Jahim.

The PBS Youth chief said he believes that other Sabah leaders have also made plans to discuss the issue with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“I am hopeful that the discussion can be made smoother with the good relationship between the state and federal governments,” he said, adding that the relationship is further strengthened by Najib’s willingness to listen to the rakyat’s voices.

Jahid, who is also Assistant Minister of Youth and Sports, was commenting on the recent report that Sarawak state leaders from both sides of the political divide had reached a common ground on the need to discuss with the federal government the need to review the oil royalty paid to the state in the past four decades.

Land Development Minister Tan Sri Dr James Masing suggested that the review on oil royalties for Terengganu and Kelantan by a special committee to be set up by the Federal Government should also include Sabah and Sarawak as both states are the main contributors to the national petroleum production.

Welfare, Women and Family Development Minister Datuk Fatimah Abdullah opined that since petroleum production had increased due to technological advancement, it was logical that the royalty to the state be reviewed.

News source: 
theborneopost


21 August, 2012

EPL: Fellaini wira Everton

Fellaini wira Everton

Prestasi pasukan Red Devils amat mengecewakan dalam kekalahan 0-1 dengan Everton di Goodison Park.

Ancaman pemain midfield Fellaini gagal ditangani Manchester United dan beliau membuka tirai dengan tandukan pada minit ke 56 dari tendangan sudut.

Van Persie, yang baru sahaja melengkapkan pemindahan £24 juta dari Arsenal, telah dibawa masuk untuk mengukuhkan tonggak serangan tetapi gagal membuat percubaan yang tepat dari penyertaannya pada minit ke 68.

Ia adalah kali pertama United gagal menang perlawanan pembukaan sejak tahun 2008 dan ia adalah kemenangan pembukaan pertama untuk pasukan Toffees dalam lima musim.

Untuk kali pertama, mereka meneruskan rekod kemenangan dari musim lepas, sejak kali 14 daripada perlawanan pembukaan musim lepas.

Sir Alex Ferguson telah menyertakan hanya dua pemain pertahanan: Nemanja Vidic yang belum main sejak bulan Disember akibat kecederaan, dan Patrice Evra, yang telah dikaitkan dengan pemindahan.

Pemain sayap Antonio Valencia telah disertakan di bek kanan sementara pemain midfield Michael Carrick diletakan di tengah barisan pertahanan akibat kecederaan kepada Rio Ferdinand.

David De Gea merupakan pemain yang paling sibuk dalam separuh masa pertama tetapi ia telah membuktikan bakat beliau.

Danney Welbeck, pemain yang dibawah tekanan ketibaan Van Persie, telah membuat dua percubaan yang dihalang Phil Jagielka.

Bekas pemain Everton Wayne Rooney juga tidak menyerlah dan membuat dua percubaan yang tidak tepat.

Walaubagaimanapun Fellaini amat merbahaya dan sentiasa mengancam dengan beberapa peluang yang baik. Detik beliau menjadi wira tiba pada minit ke 57 dari tendangan sudut Darren Gibson yang ditanduk lepas De Gea dengan baik.

Pemain terbaik United setakat itu pula adalah Shinji Kagawa yang menunjukan beberapa sentuhan yang baik walaupun bermain dalam posisi yang terlalu di hadapan dari midfield.

Ini adalah kemenangan kedua untuk Everton di padang sendiri ke atas United dalam 17 tahun.

Sumber berita:
Espnstar.my

13 August, 2012

Perompak bawah umur yang ganas dan bahaya

Bikin Panasss!!! Aksi ganas perompak bawah umur yang melakukan samun bersenjatakan parang. Kejadian yang dirakam menerusi CCTV di kafe siber ini membuka mata kita semua betapa runtuhnya moral dan akhlak anak-anak muda kita. Siapakah yang harus dipersalahkan???

Koleksi soalan percubaan UPSR 2012

Koleksi soalan peperiksaan percubaan UPSR 2012 | Soalan percubaan upsr 2012
Blog Sabah membawakan kepada anda, guru-guru dan calon-calon UPSR tahun ini, link untuk koleksi soalan percubaan UPSR 2012 untuk matapelajaran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dari semua negeri. Sila dapatkan koleksi soalan-soalan percubaan UPSR 2012 melalui link di bawah:

http://tips.ibelajar.com.my/koleksi-soalan-percubaan-upsr-2012/
http://panduanpercuma.info/download-2/6025/koleksi-soalan-percubaan-upsr-2012/

Good luck buat semua calon-calon UPSR 2012!!!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More