23 March, 2020

Dividen ASB 2019 (Pembayaran 2020)

Dividen dan bonus ASB bagi tahun 2019 untuk diagihkan pada tahun 2020

Setiap penghujung tahun, pelabur ASB dan ASN pastinya tertungu-tunggu dengan pengumuman kadar dividen dan bonus ASB dari Permodalan Nasional Berhad (PNB). Di sini, kami kongsikan kepada anda kadar dividen dan bonus ASB bagi tahun 2019 bagi pengagihan pada tahun ini 2020.

Dividen dan Bonus ASB 2019

Dividen ASB 2019 dan Bonus
Dividen - 5.00 sen per unit
Bonus - 0.50 sen per unit
Jumlah agihan - 5.50 sen per unit
Kadar Dividen menurun dari tahun sebelumnya

Jika dibandingkan dengan kadar dividen yang diberikan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2018 bagi pengagihan 2019, ianya menunjukkan penurunan sebanyak 1.50 sen per unit iaitu dari 6.50 sen kepada 5.00 sen manakala bonus kekal pada kadar 0.50 sen.

Kita lihat kadar dividen dan bonus ASB bagi lima tahun sebelum ini:

TAHUN DIVIDEN BONUS
2019 5.00 0.50
2018 6.50 0.50
2017 7.00 0.25 (+1)
2016 6.75 0.50
2015 7.25 0.50

Apakah jangkaan anda bagi dividen ASB untuk tahun 2020? 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More