23 August, 2012

10 ramuan merbahaya dalam mi segera

Mi segera sememangnya antara salah satu makanan segera yang paling disukai oleh ramai orang. Dengan harga yang murah, mudah disediakan dan menyelerakan, mi segera adalah antara makanan yang 'top' di negara kita. Namun, ramai yang tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bahaya makanan segera ini. Ramai yang mengatakan bahawa mi segera ini tidak baik untuk kesihatan kerana bahan perasanya.

Tapi, kali ini kita lihat yang ini...

10 ramuan merbahaya dalam mi segera

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium Oksida:
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5. BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.

Fikir-fikirkanlah rakan-rakan sekalian. Kalaupun anda tidak dapat berhenti dari makan mi segera, sekurang-kurangnya anda kurangkan pengambilan makanan seperti ini. Jangan hanya kerana murah, mudah dan sedap, badan kita binasa.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More