23 March, 2020

Contoh Eviden SKPMG2 Standard 1

Contoh evidens SKPMG2 bagi standard 1 tahun 2020

Dalam entri BlogSabah kali ini, kami akan mengongsikan contoh penulisan evidens SKPMG2 bagi pengisian skor dalam portal NKRA. Sepertimana yang kita sedia maklum, pengisian skor dalam portal ini dilakukan dalam tiga fasa iaitu pada bulan Mac, Julai dan November setiap tahun.


Pada setiap fasa ini, Pasukan Pelaksana Standard (PPS) yang telah dilantik akan melaksanakan penilaian mengikut standard yang telah ditetapkan serta mengemukakan evidens. Evidens ini dalam kata lain adalah bahan bukti yang menyokong pelaksanaan setiap aspek yang dinyatakan dalam standard.

Untuk entri kali ini, kami akan kongsikan contoh-contoh evidens yang boleh dinyatakan dalam pengisian portal bagi standard 1 iaitu Kepemimpinan. Tiga aspek di bawah standard ini adalah:

  • PGB sebagai Peneraju
  • PGB sebagai Pembimbing
  • PGB sebagai Pendorong
Contoh Evidens Standard 1 SKPMG2:

STANDARD 1.1  PGB SEBAGAI PENERAJU
BIL
STANDARD KUALITI
KETERANGAN
CONTOH CATATAN EVIDEN
1.1.1
PGB menentu hala tuju
BUKU PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH:
-mengandungi Perancangan Strategik, Perancangan Taktikal dan Perancangan Operational
-induk, bidang dan semua unit (Kurikulum, kokurikulum dan HEM) ada analisis SWOT sesuai dengan sekolah.
-Jelas : KPI sekolah ada dan disambut (cascade) oleh unit2 semua bidang
-didokumen dan disebarluas: cara cetakan / dalam portal/ Frog Vle
-Dokumen Perancangan Strategik Sekolah Tahun ….
-Dokumen Perancangan Taktikal tahun…..semua unit          
-Dokumen Perancangan Operational tahun……..
 semua unit tahun……..

-Buku Perancangan Strategik Sekolah tahun……..
-Portal:  …………(nyatakan alamat portal)
1.1.2
PGB mengetuai penyediaan Perancangan Strategik
BUKU PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH
-AJK dipengerusikan oleh PGB
-Format diselaraskan oleh PGB
-Rangka strategi dibincangkan (minit mesyuarat/nota perbincangan) : ada timeline dan dateline.
-Merangkumi semua 7 bidang pengurusan
-Ada mekanisme pemantauan: Senarai semak dll
-Senarai AJK Perancangan Strategik Sekolah.
-Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Sekolah bil….. bertarikh…..
-Jadual kerja/Carta Gantt Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah/ Borang Senarai Semak tahun…
-Buku Perancangan Strategik Sekolah tahun…….
1.1.3
PGB ketuai pemantauan
-kurikulum
-kokurikulum
-HEM
-Kewangan
-sumber manusia
-prasarana sekolah
-sumber pendidikan
-Meliputi semua 7 bidang dan ada ketetapan diputuskandalam mesyuarat (kekerapan,  instrument digunakan dan rumusan)
-Ada jadual pemantauan semua 7 bidang
-Bukti pemantauan : instrument yang telah di isi
-Hasil pemantauan 7 bidang dilapor rumusannya dan dibincangkan penambahbaikan (minit/nota)
-Bukti tindak susul telah diambil (PLC, Coaching dan Mentoring : laporan/nota/ catatan dalam maklumbalas minit mesyuarat dll)

- Mesyuarat Pengurusan Bil …/2017 bertarikh….
-Fail Pemantauan tahun….
-Jadual Pemantauan…… (Semua 7  Bidang) tahun….
-Instrumen pemantauan …..(Semua  7 Bidang )tahun….
-Dokumen laporan Dapatan pemantauan/laporan ….. ( 7 semua bidang) tahun…..
-Dokumen Rumusan pemantauan……. ( semua 7 bidang) tahun……
-Laporan tindaksusul……( semua 7 bidang) tahun…
-Minit Mesyuarat Kurikulum,kokurikulum,HEM, Kewangan, Pengurusan, Pusat Sumber Bil…..bertarikh…….
1.1.4
PGB peneraju kepimpinan instruksional
-PGB menjalankan PdPc mengikut jadual waktu ditetapkan
-PGB menyediakan RPH yang sesuai
-PGB melaksanakan peperiksaan/pentaksiran
-PGB menyemak hasil kerja murid yang di ajarnya
-Buku rekod mengajar PGB tahun….
-Jadual waktu PGB tahun….
-RPH subjek…..
-Rekod markah peperiksaan/rekod tahap penguasaan murid subjek….. tingkatan/darjah…..tahun…
-Pemeriksaan hasil kerja murid/buku latihan murid subjek….tahun……
1.1.5
PGB menerajui pencerapan PdPc
-Menjalankan pencerapan semua guru secara berkala mengikut ketetapan dalam mesyuarat.
-Memberi maklumbalas dan bimbingan secara individu atau kelompok
-Mengambil tindakan susulan melalui LDP/PLC dll
-Minit Mesyuarat Kurikulum Bil…bertarikh…..
-Jadual Pencerapan tahun……
-Dokumen Catatan hasil bimbingan dalam BRM/Salinan instrument kepada guru yg dicerap tahun…..
-Dokumen Catatan bimbingan kelompok tahun….
-Laporan LDP/PLC ……..(yang berkaitan) tahun….
1.1.6
PGB mengetuai pemantauan kemajuan murid
Mesyuarat JK Induk Kurikulum, Kokurikulum dan HEM.
-Membincangkan ketetapan pemantauan kemajuan pencapaian murid (perekodan, pelaporan, analisis)
-Menganalisa data pencapaian murid dalam setiap bidang sama ada mencapai KPI atau tidak.
-Menyediakan rumusan kemajuan
-Mengambil tindakan susulan setelah mengenalpasti punca masalah dan melaksanakan intervensi
-Minit Mesyuarat JK Induk setiap bahagian.(Nyatakan bil dan tarikh)
-Buku Analisis Pencapaian Murid (Akademik)  tahun…
-Dokumen Analisis Pencapaian Murid (Kokurikulum)tahun…
-Dokumen Analisis Pencapaian Murid (HEM) tahun…
-Minit Mesyuarat………..(membuat keputusan tindaksusul dalam mesyuarat: nama, bil dan tarikh)
-Laporan tindak susul Pencapaian Akademik/ Kokurikulum/ HEM tahun…..
1.1.7
PGB menangani masalah
-Apabila sesuatu isu berlaku bagaimana PGB mengatasi masalah ini dengan bijaksana dan menepati SOP
-Bukti tindakan diambil bagi mencegah perkara sama berulang
-Dokumen Laporan 1,3 dan 7 tahun…..
-Catatan dalam planner atau buku catatan rasmi tahun….
-Laporan/surat pemakluman/taklimat/memo untuk tindakan pencegahan (Tajuk, bil dan tarikh)
STANDARD 1.2 : PGB SEBAGAI PEMBIMBING
1.2.1
PGB membimbing guru dan AKP
-PGB memberi taklimat/bengkel kepada AKP dan guru secara berkala berkaitan tugas dan perkembangan terkini
-PGB memberi panduan/nasihat kepada guru dan AKP dalam mesyuarat/pertemuan secara individu/nota dll
-PGB memberi maklumbalas prestasi kerja secara umum/individu.
-Pelaporan taklimat/bengkel dll tahun…..
-Buku Panduan Tugas Guru dan AKP tahun …...
-Fail meja dan senarai tugas harian fail meja tahun…
-Dokumen Catatan perbincangan/minit mesyuarat……bil….bertarikh…..
-Laporan Dialog Prestasi peringkat sekolah bertarikh……
-Dokumen catatan perjumpaaan PBPPP untuk penetapan sasaran. Penilaian 1 dan penilaian akhir tahun………
1.2.2
PGB membimbing barisan pemimpin.
-Membimbing GPK dan GKPM (SM) mengikut keperluan/kesesuaian/perkembangan dalam Mesyuarat Pengurusan dan perbincangan.
-Memberi maklumbalas prestasi kerja secara umum atau individu
-Dibimbing melaksanakan tugas perpandukan Fail Meja
-Memberi peluang menjalankan tugas kepimpinan dengan membuat surat turun kuasa.
-Minit mesyuarat pengurusan bil … bertarikh
-Laporan Kursus Khas untuk kumpulan kepimpinan tahun….
-Grup whatsapp kepimpinan
-Surat turun kuasa menjalankan tugas (no rujukan dan tarikh)
-Pendedahan kepada GPK mengetuai program khas sekolah (Bukti :Kertas kerja Program……..) tahun…
-Fail meja dan Senarai Tugas harian (disemak mingguan) tahun….
-Minit Mesyuarat PBPPP bil….bertarikh….. penetapan sasaran dan penilaian
STANDARD 1.3 PGB SEBAGAI PENDORONG
1.3.1
PGB menjadi suri teladan
-Melaksanakan tugas berkualiti dengan meletakkan satu-satu standard yang perlu dicapai
-Penampilan kemas, tingkahlaku yang boleh dicontohi dan komunikasi berkesan.
-Menjadi pakar rujuk
-Q –sheet Program sekolah ……..tahun…..( Ada latihan sebelum program)
-Dokumen rekod PGB menggunakan ICT dalam PdPc / mesyuarat
-Format selaras untuk kertas kerja, pelaporan dan minit mesyuarat dll dokumen.
-Mesej dari PGB mudah difaham: contoh
: memo, nota dll
1.3.2
PGB menggalakkan memberi input
-Menyediakan saluran untuk berkomunikasi.
-Keterbukaan menerima pandangan dan mengambil tindakan
-Menyediakan ruang memberi pandangan seperti Peti cadangan/ sistem pesanan ringkas/ whatsapp/mesyuarat/borang maklumbalas.
-Memberi contoh aktiviti/program hasil cadangan. (Kertas kerja berkaitan)
1.3.3
PGB menggerakkan warga sekolah
-Memberi maklumbalas positif/perhargaan secara lisan dan bertulis dalam mesyuarat/perjumpaan/media sosial/perhimpunan dll.
-Menyediakan keperluan/kemudahan dengan sokongan biaya PIBG/ orang persaorangan/swasta/institusi lain
-PGB hadir dan bersama dalam semua aktiviti sekolah
-Catatan Perhimpunan Rasmi/minit mesyuarat (nyatakan tarikh)
-Kertas kerja Hari Anugerah dan Penyampaian Hadiah untuk murid, guru dan AKP yang memberi sumbangan tahun…..
-Rujuk laman sosial : facebook sekolah, gambar majlis penyerahan kemudahan kepada pihak sekolah.
-Gambar-gambar penglibatan PGB dalam program sekolah.

Baca juga:
Contoh evidens SKPMG2 bagi standard 2

Semoga bermanfaat kepada guru-guru.

Sumber: e Bimbingan SIPartner+

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More