22 December, 2012

Dividen dan bonus ASB tahun 2012

Dividen dan bonus ASB bagi tahun 2012 telah diumumkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) kelmarin. Pemegang unit saham Amanah Saham Bumiputera akan menerima dividen sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus sebanyak 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. 


Dividen bagi tahun 2012 sebanyak 7.75 sen ini adalah lebih tinggi berbanding 7.65 sen yang diagihkan pada tahun 2011 manakala bonus 1.15 sen lebih rendah berbanding 1.25 sen tahun sebelumnya.

Pengagihan pendapatan ASB bagi tahun 2012 ini adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun menurut pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid iaitu mulai 2008 sehingga 2012. Sebagai rekod dividen ASB pada tahun 2008 adalah 7 sen, 7.3 sen pada 2009, 7.5 sen pada 2010 dan 7.65 sen pada 2011.

Bagi para pemegang saham ASB, pembayaran dividen dan bonus ASB akan dimasukkan terus ke dalam buku pelaburan masing masing. Buat masa ini, segala urusniaga berkenaan ASB ditangguhkan bermula 18 Disember sehingga 2 Januari 2013 bagi proses pengiraan dividen dan bonus tahun 2012. 

Bagi semua pemegang unit dalam ASB, anda boleh mengemaskini buku pelaburan anda bermula 3 Januari 2013.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More