Pages

02 January, 2017

Bonus dan dividen ASB 2016

Bonus dan dividen ASB bagi tahun 2016. Pembayaran bagi tahun 2017.

Bagi mereka yang memiliki akaun ASB, penghujung tahun adalah waktu yang ditunggu tunggu menanti pengumuman dari Permodalan Nasional Berhad mengenai dividen dan bonus ASB.

Seperti biasa, PNB akan menutup semua transaksi ASB di bulan Disember 2016 hingga awal bulan Januari 2017 bagi tujuan pengiraan bonus dan dividen ASB.

Update: 22, Disember 2016 - Pengumuman dari PNB mengenai dividen dan bonus ASB bagi tahun 2016 yang dibayar pada Januari 2017:

Kadar dividen dan bonus ASB 2016:
Dividen - 6.75 sen seunit
Bonus - 0.50 sen seunit

Kadar dividen yang telah diumumkan oleh PNB bagi tahun 2016 nampaknya menurun berbanding tahun sebelum 2015 sebanyak 0.50 sen seunit manakala bonus kekal tidak berubah.

Kadar dividen dan bonus ASB 2015:
Dividen - 7.25 sen seunit
Bonus - 0.50 sen seunit

Berita yang kurang mengembirakan buat para pelabur ASB yang mengharapkan kadar dividen dan bonus bagi tahun 2016 meningkat dari tahun sebelumnya.

Untuk lima tahun terakhir bermula tahun 2012, kadar dividen ASB  menunjukkan penurunan pada setiap tahun dan yang paling banyak bagi tahun 2016.

Adakah tahun 2017 akan melihat kadar dividen dan bonus ASB naik atau terus turun? Sama-sama kita lihat.

01 March, 2016

Jadual dan Keputusan Liga FAM 2016

Jadual dan Keputusan perlawanan Liga FAM 2016

Perlawanan #1: Ahad, 29/2/2016
Kumpulan A
Sungai Ara 3-0 DYS
PB Ipoh 0-3 MISC-MIFA
Shahzan Muda 1-1 AirAsia Allstars
Megah Murni 0-1 Felcra
Kumpulan B
KDMM 0-0 PKNP
PB Melayu Malaysia 2-1 Hanelang
MPKB-BRI 0-2 MOF
SAMB 3-1 UKM

Perlawanan #2: Ahad, 6/2/2016
Kumpulan A
DYS 0-0 Penjara
MISC-MIFA 2-0 Megah Murni
Felcra 1-0 Shahzan Muda
AirAsia Allstars 1-2 Sungai Ara
Kumpulan B
UKM 3-0 KDMM
PKNP 2-1 MPKB-BRI
MOF 3-0 PB Melayu Malaysia
Hanelang 1-0 SAMB

Perlawanan #3: Rabu, 9/3/2016 
A Shahzan Muda FC vs MISC-MIFA (4.45ptg, Std Darul Makmur)
A Megah Murni FC vs PB Ipoh FC (4.45ptg, Kompleks Sukan BSN, Bangi)
A NS Penjara FC vs AirAsia AllStar FC (4.45ptg, Std Mini USIM, Nilai)
A Sungai Ara FC vs KL Felcra FC (4.45ptg, Std Mini Sungai Ara, Pulau Pinang)
B PB. Melayu Malaysia vs PKNP FC (4.45ptg, Std Mini UKM, Bangi)
B MPKB-BRI-UBES FC vs KDMM FC (8.45mlm, Std Sultan Mohamad IV, Kota Bharu)
B Melaka SAMB FC vs KL MOF FC (8.45mlm, Std Hang Tuah, Melaka)
B Hanelang FC vs KL UKM FC (4.45ptg, Padamg Astaka Kuala Berang)

Perlawanan #4: Ahad, 13/3/2016 
A PB Ipoh FC mln Shahzan Mufa FC (4.45ptg, Std Mini Manjong)
A MISC-MIFA mln Sungai Ara FC (4.45ptg, Std Mini USIM, Nilai)
A KL Felcra FC mln NS Penjara FC (4.45ptg, Stadium Arena UM, Kuala Lumpur)
A AirAsia AllStars FC mlm Sabah DYS FC (4.45ptg, Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya)
B KL UKM FC mlm MBKB-BRI-UBES FC (4.45ptg, Std Mini UKM, Bangi)
B KDMM FC mln PB Melayu Malaysia (4.15ptg, Stadium Keningau)
B PKNP FC mln Melaka SMB FC (8.45mlm, Stadium Perak, Ipoh)
B KL MOF FC mln Hanelang FC (8.45mlm, Stadium INSPEN, Bangi)

12 February, 2016

Jadual dan keputusan Sabah Liga Perdana 2016

Jadual dan keputusan perlawanan Sabah Liga Malaysia 2016
Jadual penuh perlawanan Liga Malaysia yang membabitkan pasukan Sabah FA bagi musim 2016. Jadual perlawanan ini membabitkan perlawanan bagi Liga Perdana.

PUSINGAN PERTAMA
No Tarikh Masa Tuan Rumah
Pelawat Venue
1 Feb 12, (Jumaat) 4.45 pm UiTM LP SABAH Std. UiTM
2 15, (Isnin) 9.00 pm KUANTAN LP SABAH Std. D. Makmur
3 26, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP DRB HICOM Std. Likas
4 29, (Isnin) 9.00 pm K. LUMPUR LP SABAH Std. Selayang
5 Mac 11, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP MELAKA Std. Likas
6 Apr 04, (Isnin) 9.00 pm ATM LP SABAH Std. Paroi
7 08, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP SIME DARBY Std. Likas
8 19, (Selasa) 9.00 pm PKNS LP SABAH Std. Hang Jebat
9 22, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP JDT II Std. Likas
10 Mei 03, (Selasa) 9.00 pm N. SEMBILAN LP SABAH Std. Paroi
11 17, (Selasa) 8.15 pm SABAH LP PERLIS Std. Likas

PUSINGAN KEDUA
PUSINGAN KEDUA
No Tarikh Masa Tuan Rumah
Pelawat Venue
12  Mei 20, (Jumaat) 4.45 pm PERLIS LP SABAH Std. Kangar
13 24, (Selasa) 8.15 pm SABAH LP N. SEMBILAN Std. Likas
14 Jul 15, (Jumaat) 9.00 pm JDT II LP SABAH Std. P. Gudang
15 22, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP PKNS Std. Likas
16 25, (Isnin) 9.00 pm SIME DARBY LP SABAH Std. Selayang
17 Ogos 05, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP ATM Std. Likas
18 16, (Jumaat) 9.00 pm MELAKA LP SABAH Std. H. Jebat
19 22, (Isnin) 8.15 pm SABAH LP K. LUMPUR Std. Likas
20 26, (Jumaat) 4.45 pm DRB HICOM LP SABAH Std. Proton
21 Sep 23, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP KUANTAN Std. Likas
22 Okt 21, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP PERLIS Std. Likas
* Tertakluk kepada perubahan.

Nota:
LP: Liga Perdana
FA: Piala FA
PM: Piala Malaysia

1. Selepas tamat perlawanan pusingan pertama, pasukan yang berada di kedudukan 5 TERATAS akan layak ke saingan Piala Malaysia 2016.
2. Bagi Piala Malaysia 2016, pusingan pertama, kedua dan ketiga akan diadakan secara 'Kalah Mati' manakala pusingan suku akhir dan separuh akhir akan dijalankan secara 'Timbal Balik'.

22 December, 2012

Dividen dan bonus ASB tahun 2012

Dividen dan bonus ASB bagi tahun 2012 telah diumumkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) kelmarin. Pemegang unit saham Amanah Saham Bumiputera akan menerima dividen sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus sebanyak 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. 


Dividen bagi tahun 2012 sebanyak 7.75 sen ini adalah lebih tinggi berbanding 7.65 sen yang diagihkan pada tahun 2011 manakala bonus 1.15 sen lebih rendah berbanding 1.25 sen tahun sebelumnya.

Pengagihan pendapatan ASB bagi tahun 2012 ini adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun menurut pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid iaitu mulai 2008 sehingga 2012. Sebagai rekod dividen ASB pada tahun 2008 adalah 7 sen, 7.3 sen pada 2009, 7.5 sen pada 2010 dan 7.65 sen pada 2011.

Bagi para pemegang saham ASB, pembayaran dividen dan bonus ASB akan dimasukkan terus ke dalam buku pelaburan masing masing. Buat masa ini, segala urusniaga berkenaan ASB ditangguhkan bermula 18 Disember sehingga 2 Januari 2013 bagi proses pengiraan dividen dan bonus tahun 2012. 

Bagi semua pemegang unit dalam ASB, anda boleh mengemaskini buku pelaburan anda bermula 3 Januari 2013.

11 September, 2012

Wanita kecewa mahu bunuh diri


SANDAKAN: Seorang wanita dipercayai putus cinta yang cuba terjun dari tingkat enam sebuah bangunan hotel di bandar Labuk Batu 7 berjaya diselamatkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak polis, pagi Isnin.

Wanita yang berbangsa Cina dan dikatakan berasal dari Semenanjung itu diberitahu datang ke sini untuk melancong.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, wanita berkenaan dikatakan telah mendaftar masuk ke dalam hotel itu sebelum bertindak berdiri di luar tingkap bangunan hotel terbabit.

Pihak polis bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah memujuk wanita berkenaan tetapi wanita itu enggan masuk ke bangunan hotel.

Kelihatan wanita itu sempat diberikan air minum dan menghisap rokok di luar kaki lima tingkap bangunan hotel berkenaan.

Kejadian yang mencemaskan itu telah menyebabkan tiga anggota bomba terpaksa menangkap wanita berkenaan selepas lalai dibawa berbual oleh pihak polis di tingkap berhadapan wanita terbabit.

Kira-kira jam 10.55 pagi, wanita berusia 33 tahun itu berjaya dibawa masuk melalui tingkap hotel berkenaan oleh tiga anggota bomba yang menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak pihak polis.

Difahamkan semasa wanita berkenaan berdiri di kaki lima tingkap hotel berkenaan, dia telah membuat panggilan telefon kepada ibunya dan satu panggilan lagi kepada bekas kekasihnya itu yang berasal dari Tawau.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba Zon Sandakan, Timbalan Penguasa Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.46 pagi.

Tiga kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama 15 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rowell Marong berkata wanita yang cuba bertindak terjun itu dikatakan telah putus cinta dengan kekasihnya.

Sejurus pasukan penyelamat berjaya menangkapnya, pihak polis telah membawa wanita berkenaan ke balai polis untuk siasatan lanjut, katanya.

Rowell memberitahu pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.



News source:
The Borneo Post

31 August, 2012

Peragut dibelasah orang awam

KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki yang meragut beg tangan milik seorang wanita tempatan akhirnya mengundang padah apabila dia cedera dibelasah orang awam yang menangkapnya ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di Asia City, di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari. Suspek berusia 26 tahun itu berjaya ditangkap sebelum dibelasah orang ramai, kira-kira 100 meter dari lokasi dia melarikan beg tangan seorang wanita berusia 30an.

Menurut saksi, ketika kejadian mangsa sedang berjalan seorang diri sebelum didatangi suspek dari arah belakang yang bertindak meragut dan melarikan beg tangannya.

“Lelaki itu mungkin sudah lama memerhatikan mangsa dan hanya menunggu masa untuk meragut. Sebaik melihat mangsa berjalan berseorangan, lelaki itu terus meragut beg tangannya sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

“Mangsa yang terkejut cuba mengejar suspek dan tindakannya itu disedari beberapa orang awam yang kemudiannya memberi pertolongan,” katanya yang enggan dikenali.

Saksi itu berkata, suspek mempunyai tatu di bahagian pergelangan tangan itu cuba melarikan diri menuju ke sebuah pasaraya berdekatan, namun berjaya disekat orang ramai yang kemudian membelasahnya di jalan raya.

Difahamkan, suspek mengalami kecederaan di bahagian muka dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana meragut.

Sumber:
Utusan Borneo

29 August, 2012

Akibat mabuk, lelaki Filipina bunuh dua wanita

KOTA KINABALU: Gara-gara mabuk minuman keras, seorang lelaki warga Filipina bertindak ganas sehingga tergamak membunuh dua wanita tidak berdosa dalam satu insiden berdarah di Kampung Cenderakasih, Kolombong dekat sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu, suspek berusia 30an dikatakan mengganas setelah ditegur oleh sepasang suami isteri kerana tingkahlakunya meminum minuman keras di kawasan kejiranan terbabit.

Berang ditegur, suspek yang difahamkan di bawah pengaruh alkohol itu kemudiannya bertindak menikam leher isteri pasangan itu dikenali sebagai Bibia Daud, 40, di dalam bilik mereka.

Suami mangsa, 52, kemudiannya mengejar suspek dan berlaku pergelutan di dalam rumah berkenaan.

Suspek yang berjaya melepaskan diri daripada pergelutan kemudiannya menikam seorang lagi mangsa, Jalijah Jalin, 30, yang ketika itu ingin memasuki rumah terbabit.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata suspek dilaporkan tinggal serumah dengan pasangan suami isteri terbabit.

Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek ditegur oleh pasangan suami isteri berkenaan kerana banyak meminum minuman keras pada jam 7 malam itu.

Sementara itu, katanya, suspek dan suami mangsa pertama yang mengalami kecederaan kerana bergaduh kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Jauteh berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung tindakan suspek menikam mangsa kedua iaitu Jalijah, tetapi ia dipercayai dilakukan atas faktor mabuk.

Tambahnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber berita:
The Borneo Post

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More